Perkasa pendidikan, bentuk sumber daya generasi muda Selangor berkualiti

A
A
A

Amirudin berkata, meskipun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, pihaknya tetap mengambil inisiatif bagi memastikan generasi muda Selangor mendapat persediaan sewajarnya.
Amirudin berkata, meskipun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, pihaknya tetap mengambil inisiatif bagi memastikan generasi muda Selangor mendapat persediaan sewajarnya.

SHAH ALAM – Pendidikan menjadi teras utama Kerajaan Selangor dalam memastikan negeri itu kekal berdaya tahan dan mampu berdiri kukuh dalam menghadapi cabaran masa depan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut beliau, kekuatan sesebuah negeri bukan sekadar bergantung kepada hasil pelaburan dan pembangunan bandar, sebaliknya turut bergantung kepada kualiti sumber daya manusia yang perlu dibangunkan menerusi sistem pendidikan yang teratur.

“Teras Selangor adalah pendidikan. Kita tiada emas dan sumber minyak untuk dibekalkan, tetapi kekuatan kita adalah sumber daya manusia.

“Sumber daya manusia berkualiti hanya boleh dibaja dengan sistem pendidikan yang teratur,” katanya pada Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian yang dikendalikan Fikry Ibrahim di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Salah seorang tetamu mengajukan soalan kepada Amirudin pada Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.
Salah seorang tetamu mengajukan soalan kepada Amirudin pada Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Amirudin berkata, meskipun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, pihaknya tetap mengambil inisiatif bagi memastikan generasi muda Selangor mendapat persediaan sewajarnya.

“Antara usaha itu termasuk pelaksanaan Tuisyen Rakyat serta pengenalan elemen teknikal dan vokasional di sekolah menengah bagi memberi pendedahan lebih luas kepada pelajar.

“Cabaran kita terletak pada sikap dan gaya pemikiran untuk tempoh jangka pendek dan kita mahu generasi ini dapat berfikir jauh supaya mereka dapat merangka masa depan lebih baik,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau menegaskan pembangunan negeri tidak boleh hanya dilihat daripada sudut pencapaian ekonomi dan fizikal, sebaliknya perlu disertai usaha berterusan dalam membina generasi yang mampu berfikir jauh dan menyelesaikan masalah.

“Kerja kena banyak, tetapi ini keterjawaban kita. Kalau setakat menuding jari, kita tidak mampu selesaikan masalah.

“Kita kena faham masalah dan dalaminya. Malaysia adalah sebuah negara yang menuju ke arah lebih baik dan kita terus berikhtiar termasuk menyediakan generasi kita untuk kerja bersama,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!