Polis kawal ketat Balai Undang Luak Sungei Ujong

SEREMBAN - Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong di sini dikawal polis dengan ketat pada Rabu.
Tinjauan mendapati, terdapat banyak kenderaan polis yang berada di bahagian luar dan belakang kediaman berkenaan.

Media turut tidak dibenarkan menghampiri lokasi bagi membuat liputan.
Difahamkan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar bersama Undang Yang Empat termasuk yang dipertikai, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungei Ujong berada di sana.

Perkembangan tersebut susulan penganjuran majlis pertemuan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di sini yang sepatutnya dijadualkan berlangsung jam 9 pagi.
Bagaimanapun, majlis berkenaan dimaklumkan dibatalkan atas arahan pihak berkuasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

