Dua lelaki 'bertinju' dalam pesawat hingga penumpang panik

DHAKA -Teriakan dan aksi tumbuk-menumbuk mencetuskan panik dalam kabin sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines apabila pertengkaran antara dua penumpang bertukar menjadi pergaduhan serius ketika penerbangan itu dalam perjalanan dari London ke Bangladesh.
Video itu dikongsi seorang penumpang dikenali sebagai Uddin Alim yang mendakwa beliau berada dalam penerbangan berkenaan pada Rabu lalu.
Menerusi hantaran di Facebook, Alim berkata, dia menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
“Pergaduhan itu menyebabkan suasana dalam pesawat menjadi amat menakutkan terutamanya kepada kanak-kanak. Bayangkan ia berlaku di ruang udara dan anda tidak boleh beredar daripada situasi berbahaya,” ujarnya.
Klip yang tular memaparkan kedua-dua lelaki itu bertengkar sebelum saling berbalas tumbukan. Baju-T salah seorang daripada mereka turut terkoyak akibat digasak lawannya.
Krew kabin bersama beberapa penumpang lain kemudiannya segera campur tangan untuk meleraikan pergaduhan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

