Video persenda agama: Dua rakan mengaku niat bergurau

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam video mempersenda agama Islam.

Kedua-dua mereka berusia 20 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam serbuan rumah berasingan di Taman Kledang, Menglembu dan Taman Silibin Ria kira-kira jam 11.15 hingga 11.55 malam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati dua individu itu mengaku terlibat dalam video berkenaan dan melakukannya atas niat bergurau.

Menurutnya, video itu dirakam di sebuah 'homestay' di Taman Lapangan Terbang pada 28 Oktober tahun lalu.