Si bulus bakal 'gegarkan' Resorts World Awana pada 31 Oktober ini

Resorts World Awana (RWA) bakal membawa si comel berbulu untuk memeriahkan Great Lawn di RWA menerusi Under The Stars Meowloween pada 31 Oktober ini.
Resorts World Awana (RWA) bakal membawa si comel berbulu untuk memeriahkan Great Lawn di RWA menerusi Under The Stars Meowloween pada 31 Oktober ini.
A
A
A

RESORTS World Awana (RWA) bakal membawa si comel berbulu untuk memeriahkan Great Lawn di RWA menerusi Under The Stars Meowloween pada 31 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti akan ditampilkan buat pecinta kucing, keluarga dan rakan-rakan yang menggabungkan permainan, muzik secara langsung serta aktiviti kreatif dalam suasana santai serta dikelilingi udara nyaman di tanah tinggi.

Resort World Genting (RWG) berkata, antara acara utama ialah Catwalk & Fashion Show pada jam 8.30 malam yang menampilkan kucing-kucing RWA serta kucing peliharaan pengunjung dengan kostum bertemakan Halloween.

“Pengunjung turut berpeluang mengenakan kostum kucing atau mendapatkan khidmat lukisan wajah di lokasi dengan harga RM15 dan RM30 mengikut saiz.

Resorts World Awana
Resorts World Awana

“Bagi aktiviti santai, Lawn Game Alley menyediakan permainan seperti Giant Jenga, Giant Tic Tac Toe dan Cornhole, selain permainan khas kanak-kanak serta aktiviti buih,” menurut RWG dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, beberapa bengkel kreatif turut ditawarkan dengan harga bermula RM20 termasuk aktiviti melukis plaster, menghasilkan kraftangan daripada bulu biri-biri pada harga RM40 dan membuat tabung syiling pada harga RM40.

Pengunjung juga boleh mendapatkan dua keping cetakan gambar daripada Newspaper Photobooth pada harga RM10.

Artikel Berkaitan:

“Dari segi sajian, set Meowloween Grab & Go ditawarkan pada harga RM40 seorang, menawarkan tempat duduk bertikar serta hidangan seperti sandwic telur, ayam goreng, mi goreng, potongan buah, teh lemon ais dan pilihan kopi atau teh.

“RWA turut menyediakan bufet pada harga RM78 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak dari jam 7 malam hingga 10 malam di Great Lawn dan turut menghidangkan nasi goreng, ayam masak sambal, pasta aglio olio makanan laut, char kuey teow Pulau Pinang yang dimasak secara langsung,” katanya

Selain itu, Under the Stars Lodge BBQ diperkenalkan sebagai pengalaman sajian bulanan baharu RWA yang berlangsung pada setiap Sabtu terakhir setiap bulan, bermula 31 Oktober.

RWG berkata, bagi pengunjung yang mahu bermalam, pakej penginapan bersama Meowloween Grab & Go ditawarkan pada harga RM390 untuk dua orang di Superior Deluxe dan RM900 bagi empat orang di Villa manakala pakej bersama Lodge BBQ pula berharga RM480 untuk dua orang di Superior Deluxe dan RM920 bagi empat orang di Villa.

Maklumat lanjut mengenai Under The Stars Meowloween boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi Resorts World Awana.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!