Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

#Malaysia100: Masa depan negara di tangan rakyat

04 September 2026 | Interviu
A
A
A

Sepanjang 69 tahun sejarah kemerdekaan negara ini, terdapat beberapa babak peristiwa yang dikenang sebagai titik perubahan besar antaranya tarikh kemerdekaan itu sendiri, pelancaran DEB dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 selepas tragedi hitam 1969, Reformasi 1998, dan banyak lagi.

Perubahan kerajaan buat kali pertama pada 2018 jadi satu lagi peristiwa - dan selepas itu dinamika politik negara tidak lagi sama. Segmen masyarakat dilihat terpecah. Kita mula dinilai berdasarkan parti dan lebih teruk, berdasarkan warna kulit.

#Malaysia100 ingin menghentikan penularan budaya negatif demi mewariskan negara yang sejahtera kepada anak cucu menjelang kemerdekaan negara ke-100.

Ikuti perkongsian idea ini dalam Interviu “#MALAYSIA100: MASA DEPAN NEGARA DI TANGAN RAKYAT” pada 4 September 2026 (Jumaat) jam 4 petang secara langsung dari Studio F Karangkraf Shah Alam atau di platform digital Sinar Harian!

#SinarHarian #SuaraRakyat #Malaysia100 #merdeka #RasuahBusters