Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[Interviu X Podcast] Pahang 1st: Memacu ekonomi Pahang

23 Jun 2026 | Interviu
A
A
A

Walaupun masih dalam penggal pertama sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib telah diberi tanggungjawab besar sebagai Exco bagi merencana hala tuju ekonomi Pahang.

Tidak bergantung kepada legasi keluarga semata-mata, anak PM keenam dan cucu PM kedua ini percaya bahawa namanya dalam politik haruslah diukir dari pencapaian sendiri dan sumbangan kepada rakyat.

Dengarkan perkongsian Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang ini dalam Interviu x Podcast Sinar Harian “Pahang 1st: Memacu ekonomi Pahang” pada 23 Jun 2026 (Selasa) jam 3 petang di platform digital Sinar Harian!