'Terkejut lihat ular menjulur keluar dari mangkuk tandas'

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter muncul dari mangkuk tandas di kediamannya, baru-baru ini.
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter muncul dari mangkuk tandas di kediamannya, baru-baru ini.
A
A
A

JAKARTA – Seorang lelaki di Karanganyar, Kota Tangerang, Banten, Indonesia, terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira tiga meter muncul dari mangkuk tandas di kediamannya, baru-baru ini.

Menurut pemilik rumah, Arbiyanto Ardi, kejadian itu disedari anaknya selepas seekor tikus dilihat keluar dari tandas sehari sebelum penemuan ular berkenaan.

“Sehari sebelum kejadian, seekor tikus keluar dari mangkuk tandas. Pada keesokan hari, anak saya melihat kepala ular terjulur keluar,” katanya, lapor Detik.

Arbiyanto kemudiannya meminta bantuan penduduk setempat bagi mengeluarkan reptilia berkenaan selepas selesai solat Maghrib.

Usaha itu mengambil masa beberapa jam sebelum empat lelaki dewasa berjaya mengeluarkan ular sawa terbabit dari mangkuk tandas sekitar pukul 11 malam waktu tempatan.

Ular yang tidak berbisa itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan habitat yang jauh dari penempatan penduduk bagi mengelakkan ia kembali ke kawasan perumahan. – AGENSI

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!