Signal awal mungkin tiada ibadah haji

Keputusan kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid di negara itu mungkin ‘signal’ awal tiada ibadat haji tahun ini. - AFP (Gambar kecil:Ahmad Marzuk Shaary )
Keputusan kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid di negara itu mungkin ‘signal’ awal tiada ibadat haji tahun ini. - AFP (Gambar kecil:Ahmad Marzuk Shaary )
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan solat tarawih secara berjemaah di semua masjid di negara itu mungkin ‘signal’ awal tiada ibadat haji tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, belum ada pengumuman rasmi daripada kerajaan itu berhubung penangguhan ibadat haji tahun ini.

Katanya, kementerian juga sudah mengunjungi Kedutaan Arab Saudi pada dua minggu lalu dan mereka masih belum memberi kata putus serta masih menunggu perkembangan keadaan pandemik koronavirus (Covid-19) ini dari semasa ke semasa.

“Kami sudah pun berbincang dengan pengurusan tertinggi Tabung Haji supaya sentiasa berhubung dengan jemaah yang sudah menerima surat tawaran mengerjakan haji bersedia jika mereka perlu membatalkan persediaan menunaikan ibadah itu..

“Perkara yang berlaku sekarang ini sudah pun diumumkan kerajaan Arab Saudi bahawa tidak ada solat tarawih, itu barangkali ‘signal’ awal untuk kita lebih bersedia jika tiada ibadah haji tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Pondok Pasir Tumbuh bernilai RM23,400.

Beliau berkata, kerajaan akan memaklumkan penangguhan berkenaan lebih awal kepada bakal jemaah yang sudah mendapat surat selepas menerima keputusan.

“Setakat ini kuota masih sama seperti tahun lepas tetapi barangkali sekiranya dibolehkan haji tahun ini bergantung kepada Arab Saudi untuk memberi kouta tambahan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kerajaan Arab Saudi menggesa umat Islam menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal.

Artikel Berkaitan: