Empat maut peti sejuk meletup

Sekurang-kurangnya 4 sekeluarga maut manakala 2 lagi melecur selepas sebuah peti sejuk di kediaman mereka meletup awal Selasa di negeri Karnataka, barat daya India - Foto: Agensi
Sekurang-kurangnya 4 sekeluarga maut manakala 2 lagi melecur selepas sebuah peti sejuk di kediaman mereka meletup awal Selasa di negeri Karnataka, barat daya India - Foto: Agensi
A
A
A

 

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat sekeluarga maut manakala dua lagi melecur selepas sebuah peti sejuk di kediaman mereka meletup awal Selasa di negeri Karnataka, barat daya India, lapor Xinhua memetik polis.

Letupan berlaku di Chavat Galli, berhampiran Terminal Bas Pusat di daerah Belagavi, kira-kira 506 kilometer ke barat laut Bengaluru, ibu negeri Karnataka. Menurut polis, mangsa yang cedera mengalami melecur pada kira-kira 60 peratus anggota badan.

Polis telah membuka kertas siasatan dan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung kejadian itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!