Generasi baharu pejuang produk makanan warisan Terengganu

Nur Nadirah menunjukkan antara inovasi yang dilakukan terhadap produk makanan berasaskan nisan kerek atau juga digelar nisang oleh masyarakat Terengganu.
Nur Nadirah menunjukkan antara inovasi yang dilakukan terhadap produk makanan berasaskan nisan kerek atau juga digelar nisang oleh masyarakat Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Warisan makanan tradisional terus mewarnai Wajah Malaysia apabila inovasi dan kreativiti generasi baharu berjaya mengangkat produk tempatan Terengganu daripada hidangan turun-temurun kepada perniagaan bernilai jutaan ringgit.

​Di Kampung Batu Putih, Marang, usahawan makanan tradisional berasaskan nisan kerek, Nur Nadirah Syuhadah Rahmat, 28, mencatatkan jualan tahunan yang lumayan menerusi pelbagai inovasi menu moden.

Nur ​Nadirah atau lebih mesra dipanggil Cik Na memulakan perniagaan secara perseorangan pada 2000 dengan menghasilkan kopi nisang dan colek nisang kampung, kini berkembang pesat dengan tawaran lebih 20 jenis produk, termasuk egg waffle nisang cheese.

​"Perniagaan ini mula berkembang daripada dua staf pada 2022 sehingga kini menggaji 51 pekerja tempatan menerusi dua cawangan di Chendering dan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Berang.

"Strategi pemasaran di media sosial amat penting untuk menarik minat ramai, terutamanya generasi muda yang sebelum ini tidak mengenali nisan kerek atau nisang," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai cabaran yang ditempuh, Nadirah mengakui aspek kawalan kualiti adalah paling mencabar kerana produknya tidak menggunakan bahan pengawet dan berasaskan nisan asli.

Sebahagian daripada produk makanan berasaskan nisan kerek atau juga digelar nisang oleh masyarakat Terengganu yang telah melalui proses inovasi dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Sebahagian daripada produk makanan berasaskan nisan kerek atau juga digelar nisang oleh masyarakat Terengganu yang telah melalui proses inovasi dan mendapat permintaan tinggi di pasaran.

​Bagi jangka panjang, dia merancang membesarkan kilang sedia ada di Kampung Batu Putih dan berhasrat membuka sebuah resort berkonsepkan hutan serta tradisional menjelang 2028.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pengusaha Kori Keropok Lekor Losong (2K2L) di Losong di sini, Ahmad Bukhari Ayob, 40, mengambil pendekatan mengekalkan resipi asal dan harga jualan sejak 15 tahun lalu demi menjaga mutu produk.

Menggunakan ikan tamban dan selayang sebagai bahan utama, beliau mampu menjual antara 200 hingga 300 kilogram keropok lekor sehari, manakala permintaan meningkat sehingga 500 kilogram sehari menjelang musim cuti sekolah.

Ahmad Bukhari yang kini dibantu 10 pekerja tempatan berkata, tenaga kerja seramai 15 orang serta mengambil pekerja sambilan diperlukan bagi menampung permintaan tinggi pada musim percutian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!