100 penunggang motosikal gegar Kuala Terengganu konvoi semarak merdeka bersama si cilik

Program pelepasan peserta Program Semarak Konvoi Merdeka Si Cilik Berkarya Peringkat Daerah Kuala Terengganu sempena sambutan bulan kemerdekaan pada Sabtu.
Program pelepasan peserta Program Semarak Konvoi Merdeka Si Cilik Berkarya Peringkat Daerah Kuala Terengganu sempena sambutan bulan kemerdekaan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 100 penunggang motosikal menjayakan Program Semarak Konvoi Merdeka Si Cilik Berkarya Peringkat Daerah Kuala Terengganu sempena sambutan bulan kemerdekaan pada Sabtu.

​Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu dengan kerjasama Kelab Muafakat Guru Prasekolah Kuala Terengganu serta Din Mega Enterprise Sdn Bhd itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme selain mengumpul dana bagi aktiviti murid prasekolah.

​Ketua Konvoi, Muhammad Azmawi Tengah berkata, pelepasan peserta konvoi bermula dari Dataran Parking Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sekitar jam 10 pagi bagi memastikan kelancaran pergerakan.

​"Laluan konvoi sejauh kira-kira 30 kilometer ini melibatkan perjalanan mengelilingi bandar raya Kuala Terengganu, persinggahan pertama di Petron Jalan Sultan Mizan (Jambatan Tengku Mahmud) dan jamuan ringan sekitar 20 hingga 30 minit.

​"Perjalanan diteruskan melalui Bulatan Batu 6, Tangga Golok, UMT, Seberang Takir, Kem Askar, Teluk Ketapang sebelum membuat hiasan atau henti tugas seterusnya dan berakhir di KTCC Mall," katanya.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program konvoi berkenaan.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program konvoi berkenaan.

​Menurutnya, penunggang daripada pelbagai kelab permotoran turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan acara berkenaan.

​"Antara kumpulan penunggang dan rakan sinergi yang terlibat termasuk Ducati Monster Terengganu, Relex Bikers Terengganu, Desmo Society Terengganu (DST) di bawah Ducati Official Club Malaysia (DOCM), XADV, BMW RT serta Kumpulan Permotoran PGB Kuala Terengganu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, ​program tersebut turut mendapat kerjasama daripada rakan sinergi lain seperti Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Kuala Nerus, PIBKS, PETRON, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan MBKT bagi mengumpul dana melalui kod QR pada kain rentang rasmi bagi menyokong tabung Kelab Muafakat Guru Prasekolah.

​Sementara itu, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan serentak bagi memeriahkan program berkenaan.

​Pertandingan Mewarna Poster dan Busana Merdeka Prasekolah berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi di KTCC Mall, manakala Pertandingan Poster Digital (Canva) Tahun 6 diadakan di Makmal Komputer SK Seri Budiman 2 (SK SS 2).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!