Batu kuari hempap lori, seorang maut

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. - Foto: JBPM
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan. - Foto: JBPM
A
A
A

IPOH – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dihempap batu ketika menjalankan kerja di sebuah kuari di Keramat Pulai, Kampung Kepayang di sini pada Isnin.

Mangsa, M Sivakumar, 53, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 5.18 petang.

Menurut beliau, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas KKM
Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas KKM

“Sebaik tiba di lokasi, komander operasi melakukan penilaian situasi sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER bagi melaksanakan operasi menyelamat.

“Anggota kemudian menjalankan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam lori,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 6.10 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.22 petang.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Sabarodzi, kes tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!