Bekas menteri akan didakwa esok

SHAH ALAM - Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa individu berkenaan.
Pertuduhan itu dijadualkan pada jam 8.30 pagi.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai identiti individu terbabit dan butiran pertuduhan setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
