Pendaftaran kelahiran, kematian dilanjut selepas 90 hari PKP tamat

Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri memutuskan pelanjutan bagi pendafaran kelahiran dan kematian diberikan sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian itu juga memaklumkan bahawa bayaran penalti bagi kelewatan juga dimansuhkan.

“Keptusan ini diambil selepas mendengar luahan rakyat bahawa mereka tidak dapat melakukan pendaftaran bagi kelahiran dan kematian disebabkan oleh PKP ini,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Menurutnya, bagi kes kes kehilangan kad pengenalan, sijil kematian dan sijil kelahiran, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh membantu urusan penggantian dokumen berkenaan dengan membuat temu janji atau mendaftar dalam tempoh 90 hari selepas tamat tempoh PKP.

"Ramai juga bertanya tentang masalah kehilangan kad pengenalan yang memerlukan ia dibuat semua dengan kadar segera. Sebagai contoh untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional dan kita setuju bahawa mereka ini boleh menghubungi pejabat JPN terdekat utuk baut temu janji.

"Bagi kes lain-lain yang bukan kecemasalan tunggu selepas PKP ditamatkan," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelanjutan tempoh 90 hari turut terpakai kepada warganegara Malaysia yang berada di luar negara.

"Tempoh pelanjutan 90 hari ini ialah mengikut tarikh tamat tempoh PKP di negara mereka berada. Kalau di negara tempat mereka berada itu laksanakan darurat, maka selepas darurat ditamatkan mereka boleh berurusan dengan Pejabat Kedutaan Malaysia dan sebagainya,” katanya.

Artikel Berkaitan: