Warisan songket Terengganu

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penenun songket, Gayah Awang, 57, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menyentuh kain yang ditenunnya bagi memastikan kualiti yang dihasilkan ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pasir Panjang, baru-baru ini.

Industri songket antara sektor kraf tangan yang cukup sinonim dengan Terengganu dan wajar terus dipelihara, diperkasakan serta dimartabatkan kerana nilainya  bukan sekadar daripada perspektif ekonomi, bahkan mencerminkan kekayaan warisan budaya serta identiti masyarakat Melayu.

Justeru, untuk memastikan kelangsungan industri berkenaan, beberapa pengusaha songket di negeri ini berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan hadapan dapat memberikan perhatian dan sokongan sewajarnya terhadap industri berkenaan, sekali gus memastikan warisan songket terus dipelihara dan tidak lenyap ditelan zaman. - Foto: Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!