Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat akan datang

Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan.

“Yang di-Pertuan Agong juga berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” katanya.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan ramai susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Najib,73, sebelum ini telah memohon pengampunan diraja selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes SRC International.

Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan keputusan bahawa hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan ketika itu oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang bagi membincangkan semula permohonan pengampunan Najib.

Artikel Berkaitan:

Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan kekerapan atau tempoh tertentu bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, sebaliknya memperuntukkan bidang kuasa, keanggotaan serta tatacara lembaga berkenaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang bagi membincangkan semula permohonan pengampunan Najib.

Berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, ia tidak menetapkan kekerapan atau tempoh tertentu bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, sebaliknya memperuntukkan bidang kuasa, keanggotaan serta tatacara lembaga berkenaan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara pengampunan bagi Wilayah Persekutuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!