Puteri UMNO doa urusan pengampunan Najib dipermudahkan

Nurul Amal pada sidang media Puteri UMNO sempena di WTCKL pada Khamis.
Nurul Amal pada sidang media Puteri UMNO sempena di WTCKL pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mendoakan agar mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan Jumaat menghasilkan keputusan terbaik.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, pihaknya berharap segala urusan berkaitan perkara itu dipermudahkan.

"Mengharapkan yang terbaik dan kita sentiasa mendoakan agar dipermudahkan segalanya," katanya pada sidang media Pergerakan Puteri UMNO sempena di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan mesyuarat Lembaga Pengampunan dijadualkan berlangsung pada Jumaat bagi membincangkan isu berkaitan pengampunan Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turut mengesahkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan bermesyuarat pada Jumaat.

Beliau yang mengesahkan menjadi antara individu dipanggil untuk menghadiri mesyuarat terbabit bagaimanapun enggan memperincikan maklumat lanjut berhubung agenda yang disenaraikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!