Penduduk terpaksa berkurung gara-gara kambing 'samseng'

Rakaman kamera badan anggota polis ketika menangkap kambing tersebut tular di media sosial.
Rakaman kamera badan anggota polis ketika menangkap kambing tersebut tular di media sosial.
A
A
A

WASHINGTON – Penduduk sebuah kejiranan di Washington, Amerika Syarikat terpaksa berkurung di dalam rumah selepas seekor kambing ‘samseng’ berkeliaran dan cuba menanduk orang yang menghampirinya.

Kambing bertanduk sepanjang kira-kira 30 sentimeter itu melarikan diri dari kandangnya sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Pejabat Sheriff Snohomish County memaklumkan, beberapa penduduk terpaksa kekal di dalam rumah bagi mengelakkan diri daripada diserang haiwan tersebut.

Anggota polis kemudian dikerahkan ke lokasi bagi menangkap kambing berkenaan yang enggan ditangkap dengan mudah.

Rakaman kamera badan menunjukkan dua anggota polis bergelut memegang tanduk kambing tersebut sebelum berjaya membawanya kembali ke kandang.

Seorang anggota polis turut mengakui kambing berkenaan mempunyai tenaga yang luar biasa ketika usaha menangkapnya.

Kejadian itu menjadi perhatian selepas pihak berkuasa berkongsi rakaman operasi menangkap haiwan berkenaan yang disifatkan sebagai ‘samseng kejiranan’.

Tiada laporan mengenai penduduk yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu. Kambing berkenaan akhirnya berjaya ditangkap dan dikembalikan ke tempat asalnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!