Suami warga emas tetak isteri, direman empat hari

Polis berjaya menahan seorang warga emas dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor pada Sabtu lalu.
Polis berjaya menahan seorang warga emas dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor pada Sabtu lalu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas yang disyaki menetak tangan kanan isterinya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini direman empat hari hingga 9 September bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek lingkungan 70-an itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman sebelum ini memaklumkan kejadian pada 9.30 malam Sabtu lepas dipercayai akibat perselisihan faham apabila mangsa, juga 70-an dikatakan memasang televisyen terlalu kuat.

Suspek yang dipercayai mabuk kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan parang.

Yusof berkata mangsa mengalami luka kecil kira-kira satu sentimeter pada tangan kanan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan stabil. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!