X

Kindly register in order to view this article
!

Pahang lancar pasar raya dalam talian

Wan Rosdy ketika melancarkan portal pahangmart.com secara rakaman video di sini hari ini.
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang melancarkan portal pasar raya dalam talian yang pertama di negeri ini dikenali pahangmart.com hari ini bagi membantu rakyat membeli barang keperluan harian tanpa perlu keluar ke pasar raya seperti biasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, portal itu dibangunkan kerajaan negeri melalui syarikat milik kerajaan negeri, PahangGo Sdn Bhd bertujuan mengurangkan bilangan pengunjung ke pasar raya bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, kewujudan PahangMart juga turut membuka peluang kepada rakyat negeri ini untuk menjana pendapatan melalui khidmat penghantaran.

"Saya berharap lebih banyak pasar raya di negeri ini menjadi sebahagian PahangMart agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli barang keperluan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas melancarkan pahangmart.com melalui rakaman video di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, bagi fasa pertama, perlaksanaannya di bandar Kuantan dan kemudahan itu akan diperluaskan ke daerah lain selepas ini.

"Semoga usaha ini dapat membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19 serta memudahkan rakyat negeri ini membeli secara dalam talian," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!