X

Kindly register in order to view this article
!

MB puas hati pematuhan premis di PBT Negeri Sembilan

Aminuddin Harun
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri berpuas hati dengan kejayaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berjaya mencapai 99.8 peratus pematuhan premis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pencapaian tersebut perlu dikekalkan sepanjang tempoh PKP fasa ketiga yang akan berakhir 27 April.

"InsyaALLAH jika semua patuh PKP, rantaian Covid-19 dapat kita putuskan," katanya menerusi kenyataan di laman sosialnya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat di Mukim Ampangan dan Labu supaya mengambil langkah berhati-hati kerana kedua-dua kawasan itu diisytiharkan sebagai Zon Merah.

Katanya, semua pihak perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan mematuhi PKP secara serius.

"Daerah Seremban kekal diisytiharkan sebagai Zon Merah dengan jumlah kes sebanyak 402 manakala Ampangan dan Labu didapati kes paling tinggi di Negeri Sembilan, iaitu masing-masing 86 dan 108.

"Daerah lain masih kekal Zon Kuning.

"PKP fasa ketiga ini amat penting bagi mendapatkan indikasi penurunan penularan wabak Covid-19 yang lebih positif supaya mampu menjadi rujukan yang membolehkan arahan PKP ini dipertimbangkan untuk dilonggarkan pada masa akan datang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!