Pemadam Selangor batal projek ‘Adopt Us’ untuk Zoo Negara

Pemadam Selangor mengumumkan Projek ‘Adopt Us’ bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Zoo Negara dibatalkan disebabkan beberapa isu teknikal.
Pemadam Selangor mengumumkan Projek ‘Adopt Us’ bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Zoo Negara dibatalkan disebabkan beberapa isu teknikal.
A
A
A

AMPANG - Projek Adopt Us yang dianjurkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Zoo Negara dibatalkan berikutan isu teknikal.

Pemadam Selangor memaklumkan pembatalan projek dengan kerjasama Suspended Meal itu menerusi Facebook rasminya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Projek Adopt Us untuk Zoo Negara terpaksa dibatalkan disebabkan beberapa isu teknikal.

“Kepada para penderma yang menyokong projek ini, boleh hubungi 011-27224764 (Sarah) untuk pemulangan duit derma,” menurut kenyataan itu.

Pemadam Selangor dalam pada itu mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai terhadap program dianjurkan.

“Kami amat menghargai sumbangan anda dan berterima kasih sokongan yang menggalakkan atas program dianjurkan oleh Pemadam Negeri Selangor,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Pemadam Selangor dan Suspended Meal menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermula Isnin lalu sebagai inisiatif membantu mengumpulkan dana dan derma daripada orang ramai untuk disumbangkan kepada pihak Zoo Negara.

Sumbangan itu bagi memastikan haiwan-haiwan di Zoo Negara mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Artikel Berkaitan: