Putera Harry, Meghan kembali ke Britain

Hubungan Duke dan Duchess of Sussex dengan keluarga diraja Britain dipercayai semakin pulih. - Foto Agensi
Hubungan Duke dan Duchess of Sussex dengan keluarga diraja Britain dipercayai semakin pulih. - Foto Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dilaporkan merancang untuk kembali menetap di Britain, enam tahun selepas mereka berundur daripada tugas diraja dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan majalah People dan akhbar The Telegraph pada Rabu, Duke dan Duchess of Sussex itu akan berpindah dari California bersama dua cahaya mata mereka, Putera Archie, 7, dan Puteri Lilibet, 5, untuk tempoh yang panjang.

Kedua-dua anak mereka juga akan mula bersekolah di Britain pada bulan depan.

Pasangan itu bagaimanapun tidak akan menetap di kediaman rasmi dan kembali menjalankan tugas rasmi selaras dengan persetujuan bersama mendiang Ratu Elizabeth ketika mereka melepaskan keistimewaan diraja pada Mac 2020.

Hubungan Harry dengan bapanya, Raja Charles III yang sebelum ini tegang susulan krisis keluarga diraja yang didedahkan kepada umum dilaporkan semakin baik sejak September 2025 selepas kedua-duanya bertemu semula buat pertama kali dalam tempoh 20 bulan.

Charles disahkan menghidap kanser yang tidak didedahkan jenisnya pada 2024 dan sedang menjalani rawatan.

Bulan lalu, Harry bersama Meghan dan anak-anak mereka turut berkunjung ke Britain dan Charles berkesempatan bertemu kedua-dua cucunya selepas pertemuan terakhir pada 2022. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!