110 rumah, lot kedai rosak akibat ribut di Pasir Pinji

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Kira-kira 80 rumah dan 30 lot kedai di kawasan Pasir Pinji, di sini mengalami kerosakan dalam kejadian hujan lebat serta angin kencang petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, insiden kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banyak kerosakan pada bumbung rumah penduduk dan lampu di kawasan terjejas.

"Bagaimanapun jumlah penduduk yang terjejas belum dapat dikenal pasti dan kerajaan telah menyediakan pusat pemindahan sementara untuk mangsa yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam status terkini di laman media sosial beliau berkata, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau yang turut meluangkan masa melawat kawasan terjejas bersama Howard berkata, terdapat penduduk yang terpaksa mencari perlindungan sementara di rumah saudara-mara dan pusat pemindahan sementara.

"Kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh dengan bantuan Bomba Sukarela serta penduduk tempatan sudah memulakan kerja-kerja membersihkan dahan-dahan pokok yang tumbang semasa kejadian ribut," tulisnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: