X

Kindly register in order to view this article
!

Liverpool berhak julang trofi kejuaraan

Gallagher (kiri) percaya The Reds sudah memberikan persembahan luar biasa pada musim ini.
A
A

Liverpool sudah layak menjulang trofi kejuaraan sekalipun tiada lagi perlawanan dilangsungkan selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan bulan lalu ekoran pandemik Covid-19.

Menurut bekas gitaris terkenal Oasis, Noel Gallagher, dia percaya The Reds sudah memberikan persembahan luar biasa sehingga berjaya mengatasi pencabar terdekat yang juga penyandang juara, Manchester City dengan kelebihan 25 mata.

"Para pemain Liverpool sudah membuktikan status sebenar mereka sebelum saingan musim ini berakhir. Jadi tiada lagi sebarang perdebatan mengenai kejuaraan liga musim ini.

"Pada saya, berikan saja kejuaraan liga musim ini kepada Liverpool kerana mereka lebih berhak. Satu-satunya perkara yang boleh menghalang mereka menjulang kejuaraan ketika ini adalah berkaitan status pembatalan liga," katanya.

Mengenai cadangan perlawanan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton, Gallagher memberitahu: "Sebenarnya semangat bola sepak ini berkait rapat dengan penyokong kerana golongan ini yang menghidupkan semangat pemain di tengah padang.

“Saya tidak kisah dalam sehari ada enam perlawanan walaupun dikenakan perintah berkurung tapi perlawanan tanpa penonton bukan sesuatu yang bagus kerana penyokong tetap akan hadir memberi sokongan," ujarnya yang juga penyokong setia City.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!