Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

‘Kami belum kuat, tetapi kami berubah’

17 Ogos 2026 | Wawancara
A
A
A

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bukan sahaja mengubah landskap politik di dua negeri itu, malah membuka lembaran baharu buat MCA yang sekian lama bergelut mendapatkan semula kepercayaan pengundi, khususnya masyarakat Cina.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon secara jujur mengakui, MCA masih belum kuat seperti sebelumnya dan sedang berusaha membina kekuatan kembali dengan pembaharuan parti serta strategi sebenar untuk kembali relevan dan meraih lebih banyak kemenangan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Banyak lagi yang dikongsinya, termasuk mengapa MCA tidak lagi ‘bermewah’ sewaktu berkempen sebagaimana ketika berada di puncak kuasa dan kini mengambil pendekatan memberi lebih banyak ruang kepada pemimpin muda sebagai sebahagian daripada formula pembaharuan parti.

Ikuti wawancara khas bersama Datuk Chong Sin Woon di semua platform digital Sinar Harian.