Malaysia berdepan krisis ‘senyap’ dadah, mental
14 Januari 2026 | Wawancara
A
A
A
Masalah dadah di Malaysia masih belum reda dan semakin kompleks apabila penagihan kini melibatkan dadah sintetik, kesihatan mental serta golongan remaja dan belia.
Penaung Pengasih, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, hanya 10 hingga 30 peratus penagih aktif mendapatkan rawatan, manakala penagihan ‘senyap’ melalui vape semakin menyasarkan golongan muda.
Kemunculan dadah sintetik yang merosakkan saraf otak dan mencetuskan gangguan mental menjadikan rawatan lebih mencabar, sekali gus menuntut pendekatan pencegahan dan kaunseling yang lebih tersusun.
Ikuti wawancara khas bersama Abd Halim di semua platform digital Sinar Harian.
