Tak suka isteri, suami angkut semua perabot keluar rumah

JAKARTA – Seorang lelaki di Konawe Utara, Sulawesi Tenggara, Indonesia mencetuskan perhatian ramai apabila bertindak mengeluarkan hampir semua perabot dari rumah selepas didakwa tidak lagi menyukai isterinya.
Tindakan lelaki terbabit dirakam sebelum video berkenaan tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat dibantu beberapa rakannya memindahkan pelbagai barangan dari rumah secara berperingkat sebelum dimuatkan ke dalam sebuah trak pikap yang diletakkan di hadapan kediaman.
Antara barangan yang dibawa keluar termasuk tilam, kabinet dan peti sejuk.
Lebih menyedihkan, isterinya hanya mampu melihat tindakan berkenaan sambil merakam kejadian berkenaan.
Wanita itu turut meluahkan kesedihan apabila mendakwa perabot yang dikeluarkan suaminya dibeli hasil usaha bersama sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
“Lihat, lelaki ini keluarkan almari. Ketika kami berkahwin, dia yang membelinya. Selepas tidak menyukai saya, dia mengambil semua barang itu,” katanya.
Bagaimanapun, punca sebenar pertelingkahan antara pasangan terbabit masih belum diketahui.
Kejadian berkenaan menjadi perhatian selepas rakaman tersebut dikongsikan di media sosial. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

