Undi DAP memilih kekal atau keluar kerajaan bermula

Sebahagian daripada perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 membuang undi bagi memutuskan sama ada parti berkenaan akan terus kekal atau menarik diri daripada blok pentadbiran sehingga tamat penggal yang akan berlangsung di PICC, Shah Alam pada Ahad. FOTO: Rosli Talib

A
A
A

PUTRAJAYA - Lebih 4,200 perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 memulakan proses pengundian bagi memutuskan sama ada parti berkenaan akan terus kekal atau menarik diri daripada blok pentadbiran sehingga tamat penggal.

Pengundian yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad itu akan menjadi penentu kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan. 

Proses pengundian yang dijangka mengambil masa kira-kira dua jam sebaik kesemua 14 perwakilan selesai membahaskan usul yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Kaedah undian melalui kertas undi rahsia yang ditentukan oleh setiap perwakilan menggantikan undi suara atau angkat tangan. 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!