Jenazah bayi disyaki dibunuh nenek tiri selamat dikebumikan

Jenazah Nur Dahlia Anggun yang disyaki dibunuh nenek tirinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kota Tinggi pada Rabu.
Jenazah Nur Dahlia Anggun yang disyaki dibunuh nenek tirinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kota Tinggi pada Rabu.
A
A
A

​KOTA TINGGI – Jenazah bayi perempuan berusia 16 bulan, Nur Anggun Dahlia Abdullah yang meninggal dunia disyaki dibunuh nenek tirinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, di sini pada Rabu.

Seorang kariah Masjid Taman Sri Saujana (MTSS) berkata, pengurusan jenazah bermula seawal jam 10.30 pagi dengan urusan mandi dan kafan dijalankan di masjid berkenaan sebelum solat jenazah dilangsungkan kira-kira jam 11.10 pagi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila jenazah bayi itu selamat disemadikan jam 11.50 pagi.

​"Kira-kira 20 orang hadir ke majlis pengebumian tersebut melibatkan ahli keluarga, termasuk ibu mangsa dan jiran-jiran terdekat,” katanya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret disini pada Rabu atas pertuduhan membunuh bayi perempuan berusia 16 bulan hujung bulan lalu.

Tertuduh, Nurul Farhana Laili Shah, 39, faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hafizah Abdul Rajak.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes Seksyen 302 adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia telah membunuh Nur Anggun Dahlia Abdullah, 16 bulan diantara jam 12.30 tengahari 30 julai sehingga 9.30 pagi 31 julai di Nombor 26, Jalan SS 6/13, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak lebih 40 tahun.

Artikel Berkaitan:

​Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad pada Selasa berkata, hasil bedah siasat di Pakar Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan trauma objek tumpul pada abdomen dan dada, selain mendapati kesan luka serta lebam dipercayai akibat dipukul dan dipijak.

​Ibu mangsa sebelum ini menyerahkan bayi berkenaan di bawah jagaan bapa serta ibu tirinya kerana perlu melanjutkan pengajian di sebuah kolej vokasional.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!