Amaran hujan lebat, ribut petir di dua negeri

Dua negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam ini. Gambar hiasan.
Dua negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam ini. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran pada jam 4.15 petang memaklumkan cuaca berkenaan dijangka melanda Kedah dan Perak.

Amaran tersebut melibatkan enam kawasan di Kedah dan lima kawasan di Perak.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Sik.

Sementara itu, di Perak, amaran melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama dan Kerian.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan amaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!