Pelajar Tingkatan 2 cedera dicucuk kerambit rakan sekelas

SHAH ALAM - Seorang pelajar tingkatan dua cedera di lengan dipercayai dicucuk menggunakan senjata kerambit oleh rakan sekelas di sebuah sekolah di sini 5 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa berusia 14 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kejadian pada jam 11.42 pagi.
“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.
“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek yang kurang sihat dan telah diberi jaminan polis," katanya pada Selasa.
Tambahnya, senjata tajam yang digunakan suspek ialah kerambit sepanjang 10 sentimeter.
Jelasnya, tiada tujuan dan motif kejadian dan kes masih dalam siasatan.
"Suspek telah diberikan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Terdahulu, tular hantaran Thread dakwaan memaklumkan berlakunya kes tikaman melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di sekitar Shah Alam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
