UPKK: JAIS tunggu keputusan Jakim

Mohd Shahzihan Ahmad
Mohd Shahzihan Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menunggu keputusan rasmi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung status Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) di negeri ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya perlu menunggu maklum balas daripada pihak Jakim berkaitan peperiksaan tersebut.

"UPKK merupakan ujian yang mana ia di bawah seliaan pihak Jakim. Jadi, sama ada ia diteruskan atau tidak, hanya Jakim dapat putuskan.

"Setakat ini tiada siri perbincangan secara formal dan keputusan belum lagi diterima," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KPM saran UPKK dibatalkan

Terdahulu, semua Majlis Agama Negeri disaran agar membatalkan Ujian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membatalkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kementeriannya telah berbincang dengan kesemua Majlis Agama Negeri mengenai pembatalan peperiksaan itu mengambil kira keselamatan murid.

Artikel Berkaitan: