Rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang India, bawa lebih 4kg ganja hidroponik

Rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai membawa lebih 4kg ganja hidroponik. Foto hiasan
Rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai membawa lebih 4kg ganja hidroponik. Foto hiasan
A
A
A

CHENNAI - Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa India selepas dipercayai membawa 4.033 kilogram (kg) ganja hidroponik gred tinggi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India.

Penahanan itu dilakukan pegawai Unit Perisikan Udara (AIU) Kastam Chennai selepas suspek tiba dari Bangkok pada malam Jumaat berdasarkan profil penumpang.

Menurut pihak berkuasa, suspek dipercayai cuba keluar melalui Laluan Hijau tanpa membuat sebarang pengisytiharan kepada pihak kastam.

Pemeriksaan menggunakan mesin imbasan sinar-X mendapati bagasi daftar masuk suspek menunjukkan imej mencurigakan sebelum ia diperiksa secara terperinci.

Pihak Kastam Chennai merampas bahan berkenaan mengikut Seksyen 43(a) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985.
Pihak Kastam Chennai merampas bahan berkenaan mengikut Seksyen 43(a) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985.

Hasil pemeriksaan menemukan empat bungkusan mengandungi bahan berwarna kehijauan berbentuk berketul dengan bau kuat dan menyengat.

Bungkusan berkenaan dipercayai mengandungi ganja hidroponik berkualiti tinggi yang disorokkan dalam ruang bahagian bawah bagasi.

Bahan terlarang itu mempunyai berat bersih 4,033 gram dan disahkan positif mengandungi ganja atau marijuana selepas diuji menggunakan kit pengesanan dadah narkotik.

Artikel Berkaitan:

Pihak Kastam Chennai merampas bahan berkenaan mengikut Seksyen 43(a) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985.

Suspek warga Malaysia itu kemudian ditahan dan dibawa ke mahkamah sebelum direman dalam tahanan kehakiman.

Kes berkenaan kini disiasat pihak berkuasa India bagi mengenal pasti rangkaian atau pihak lain yang mungkin terbabit dalam cubaan membawa masuk bahan terlarang tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!