Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan?: 'Kita tunggu dan lihat' - Pas

Takiyuddin berkata, Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Takiyuddin berkata, Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pendirian DAP sama ada mahu kekal atau keluar daripada Kerajaan Perpaduan pada 16 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Pas tidak menerima sebarang risikan atau tawaran untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

"Untuk 16 Ogos ini kita tunggu dan lihat, kita juga tidak menerima sebarang risikan atau tawaran (sertai kerajaan). Saya mengesahkan memang tiada setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Panatia Induk Muktamar Tahunan Pas Kelantan Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Ahad malam.

Terdahulu media melaporkan, DAP akan menentukan kedudukannya dalam kerajaan semasa Persidangan Kebangsaan parti itu yang dijadual berlangsung pada 16 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Beliau dilaporkan berkata, satu usul berhubung perkara itu akan dibentangkan kepada perwakilan sebelum diputuskan oleh hampir 4,000 perwakilan yang layak menghadiri persidangan berkenaan.

Anthony turut menyatakan persidangan berkenaan akan menentukan hala tuju masa depan DAP dalam arena politik negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!