MAHA 2026 pacu sektor agromakanan

Mohamad (tiga dari kiri) memperkenalkan penaja utama Agro Bank yang diwakili Tengku Ahmad Badli Shah (tiga dari kanan). Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Mohamad (tiga dari kiri) memperkenalkan penaja utama Agro Bank yang diwakili Tengku Ahmad Badli Shah (tiga dari kanan). Foto: ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU – Program Road To MAHA 2026 Zon Timur melabuhkan tirainya di Kelantan, sekali gus menandakan berakhirnya siri jelajah di seluruh negara.

Acara kemuncak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor bermula 28 Ogos hingga 6 September depan.

Mohamad (tengah) menunjukkan bawang yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Mohamad (tengah) menunjukkan bawang yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program berkenaan menjadi platform mendekati masyarakat di peringkat akar umbi dengan menghimpunkan petani, penternak, nelayan, usahawan dan penggiat industri.

“Bagi Zon Timur, program ini menyasarkan nilai jualan RM1.8 juta serta penglibatan 50 usahawan agromakanan.

“Ini membuktikan sektor agromakanan tidak lagi dilihat sebagai sektor tradisional semata-mata, sebaliknya semakin mendapat perhatian sebagai sektor strategik yang berpotensi besar dalam menjana ekonomi serta menjamin keterjaminan makanan negara,” katanya ketika majlis penutup di Tunjong pada Sabtu.

Mohamad (tengah) yang hadir merasmikan program di Kota Bharu. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Mohamad (tengah) yang hadir merasmikan program di Kota Bharu. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abd Samad.

Menurutnya, Road To MAHA 2026 turut memberi peluang kepada masyarakat melihat perkembangan teknologi, inovasi serta peluang ekonomi dalam sektor agromakanan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata, Kerajaan MADANI terus memperkukuh pembangunan sektor agromakanan di Kelantan menerusi keseluruhan peruntukan berjumlah RM19.2 juta.

Rock melon turut dipamerkan di Road To MAHA di Kelantan. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Rock melon turut dipamerkan di Road To MAHA di Kelantan. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Katanya, peruntukan melibatkan pelbagai projek strategik di bawah Program Pemerkasaan Agromakanan Negara merangkumi sektor pertanian, perikanan dan agropelancongan selain Projek Janaan Ekonomi dalam Rantaian Industri Nanas Kelantan.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk memperluas pembangunan teknologi, meningkatkan daya saing usahawan serta memperkukuh rantaian nilai industri agromakanan.

“Kerajaan mahu setiap peruntukan disediakan diterjemahkan kepada hasil dan impak sebenar,” katanya.

Penyampaian peruntukan bagi projek pembangunan penanaman nanas. Foto: ADILA SHARINNI WAHID
Penyampaian peruntukan bagi projek pembangunan penanaman nanas. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

Mohamad berkata, kejayaan pembangunan sektor agromakanan bukan hanya diukur berdasarkan jumlah peruntukan disalurkan, tetapi sejauh mana pelaburan itu mampu meningkatkan pendapatan rakyat, mengubah pemikiran terhadap sektor pertanian, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran makanan.

Dalam pada itu, penganjuran Road To MAHA 2026 Zon Timur turut menyaksikan pengenalan 11 Rakan Strategik Rasmi MAHA 2026 dengan Agrobank sebagai penaja utama.w

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!