Hanya basikal dan selipar ditemui, dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di empangan

Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang sejak petang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex di sini malam Ahad. Gambar hiasan
Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang sejak petang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex di sini malam Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

PASIR GUDANG – Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang sejak petang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex di sini malam Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBKI) Haizrul Rahmad berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.36 malam.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar terdapat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.

“Bapa mangsa memaklumkan kedua-duanya dikhuatiri telah lemas di kawasan empangan berkenaan selepas sebuah basikal dan selipar milik mangsa ditemui di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, susulan itu pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

“Operasi masih dijalankan dan usaha mencari kedua-dua mangsa diteruskan,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!