Terlupa letak gear 'P' punca SUV rempuh pintu kaca balai berlepas KKIA

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.
A
A
A

KOTA KINABALU - Gara-gara terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’ (parkir) ketika hendak bertukar pemandu, menjadi punca sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian pada 4.55 petang itu berlaku selepas SUV yang dipandu seorang wanita berusia 66 tahun berhenti di lorong kenderaan di hadapan bangunan KKIA untuk menjemput anaknya.

Beliau berkata, ketika hendak bertukar pemandu, wanita itu dipercayai terlupa meletakkan gear pada kedudukan ‘P’, menyebabkan kenderaan berkenaan bergerak secara perlahan.

"Pemandu kemudian dipercayai panik dan secara tidak sengaja menekan pedal minyak menyebabkan SUV itu meluncur laju ke hadapan dan melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terbabas merempuh pintu kaca Balai Berlepas KKIA dan seterusn

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.
Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jumaat lepas.

Shahrudin berkata,  pemandu sempat keluar daripada kenderaan sebelum pelanggaran berlaku, namun mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka akibat terkena serpihan kaca dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum meninggalkannya serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.- Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!