Isu khitan kanak-kanak perempuan cetus perdebatan pakar perubatan, warganet

Perdebatan itu memperlihatkan perbezaan pandangan antara perspektif perubatan yang mempersoalkan manfaat prosedur berkenaan dengan pandangan agama yang menekankan hukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Foto hiasan
Perdebatan itu memperlihatkan perbezaan pandangan antara perspektif perubatan yang mempersoalkan manfaat prosedur berkenaan dengan pandangan agama yang menekankan hukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Isu pelaksanaan khitan atau sunat bagi kanak-kanak perempuan di Malaysia kembali menjadi perbincangan hangat di media sosial, susulan perbezaan pandangan mengenai manfaat perubatan dan hukum agama.

Perbincangan itu tercetus menerusi perkongsian Dr Faiz Rosli @drfaizirosli, yang berkata, beliau pernah menjadi panel pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincangkan isu berkenaan.

Menurutnya, tiada kebaikan dari segi perubatan dalam pelaksanaan khitan perempuan mengikut panduan KKM.

Beliau turut mendakwa prosedur itu tidak wajib mengikut fatwa kebangsaan dan wakil Jabatan Agama Islam juga menjadi panel dalam perbincangan isu berkenaan di peringkat KKM.

"Memang tiada kebaikan dari segi perubatan dalam khitan perempuan, according to KKM. Dan mengikut fatwa kebangsaan, ianya juga tidak wajib...

"In fact, doctors in Malaysia are ethically advised not to carry out that procedure," katanya di laman Threads miliknya.

Pandangan itu turut disokong Public Health Malaysia yang mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang memilih untuk tidak melakukan prosedur yang dianggap tidak diperlukan terhadap anak mereka.

Public Health Malaysia berkata, keputusan berdasarkan manfaat, risiko dan keperluan sebenar adalah bentuk kasih sayang serta tanggungjawab ibu bapa.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan dipertikai pengguna media sosial Threads, Yati Adznan @yati_adznan, yang menegaskan fatwa kebangsaan menetapkan khitan perempuan sebagai wajib.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut meminta orang ramai menyemak laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selain menegaskan al-Quran dan Sunnah berada pada kedudukan lebih tinggi berbanding sains.

"Fatwa kebangsaan kata wajib. Boleh check laman Web JAKIM. al Quran dan sunnah adalah lebih tinggi dari sains. Just because there is no/not yet any medical benefit, does not nullify hukum tersebut," katanya.

Beliau turut membandingkan isu itu dengan sunat lelaki, dengan mendakwa situasi sama pernah berlaku sebelum pandangan sains mengalami perubahan.

Perdebatan itu memperlihatkan perbezaan pandangan antara perspektif perubatan yang mempersoalkan manfaat prosedur berkenaan dengan pandangan agama yang menekankan hukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!