10 negara IQ tertinggi dunia 2026

RANKING Intelligence Quotient (IQ) dunia 2026 menunjukkan trend peningkatan ketara dalam beberapa negara Asia yang terus mendominasi kedudukan teratas. Berdasarkan data International IQ Test dan Global Statistics 2026, kedudukan ini merumuskan gambaran keseluruhan negara-negara dengan purata skor IQ tertinggi di dunia bagi tahun ini.
1. Korea Selatan – (IQ 106.97)
Korea Selatan menduduki tangga pertama dengan purata IQ 106.97 hasil daripada 26,996 responden. Peningkatan sebanyak 0.54 mata ini mencerminkan kekuatan sistem pendidikan negara tersebut yang sangat menekankan disiplin akademik, terutamanya dalam bidang sains dan matematik.
2. China – (IQ 106.48)

China berada di kedudukan kedua dengan purata IQ 106.48 berdasarkan sampel besar seramai 229,918 responden. Walaupun berlaku sedikit penurunan sebanyak 0.71 mata, negara ini masih mengekalkan prestasi yang sangat tinggi secara konsisten.
3. Jepun – (IQ 106.30)

Jepun mengekori di tempat ketiga dengan purata IQ 106.30 daripada 55,994 responden.Kejayaan Jepun banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan yang teratur, budaya kerja yang berdisiplin, serta tahap literasi yang hampir menyeluruh dalam masyarakatnya.
4. Iran – (IQ 104.80)

Iran berada di tempat keempat dengan purata IQ 104.80 berdasarkan 10,538 responden. Berdasarkan dapatan terbaharu mendapati Iran masih kekal sebagai salah satu negara dengan skor kognitif tinggi di peringkat global.
5. Australia – (IQ 104.45)

Australia menduduki tempat kelima dengan purata IQ 104.45 daripada 4,245 responden. Kedudukan ini dipacu oleh pendidikan berkualiti, akses pembelajaran yang luas, serta penekanan terhadap kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif.
6. Rusia –(IQ 103.78)

Rusia berada di kedudukan keenam dengan purata IQ 103.78 hasil daripada 29,170 responden. Rusia terus mengekalkan reputasinya sebagai salah satu negara dengan kekuatan akademik yang konsisten.
7. Singapura – (IQ 103.56)

Singapura berada di tempat ketujuh dengan purata IQ 103.56 berdasarkan 6,880 responden. Walaupun mencatat penurunan sebanyak 1.58 mata, negara ini masih kekal dalam kelompok 10 teratas dunia. Sistem pendidikan yang sangat terancang dan berorientasikan prestasi terus menjadi tunjang utama pencapaiannya.
8. Mongolia –( IQ 102.61)

Mongolia menduduki tempat kelapan dengan purata IQ 102.61 daripada 2,437 responden. Penurunan kecil sebanyak 0.25 mata tidak menjejaskan kedudukannya dalam senarai ini. Negara ini masih menunjukkan tahap kognitif yang stabil dalam skala global.
9. New Zealand – (IQ 102.35)

New Zealand berada di tempat kesembilan dengan purata IQ 102.35 berdasarkan 1,184 responden. Peningkatan kecil sebanyak 0.27 mata menunjukkan perkembangan yang konsisten. Sistem pendidikan yang inklusif serta penekanan terhadap keseimbangan akademik dan kemahiran hidup menyumbang kepada prestasi ini.
10. Vietnam – (IQ 102.26)

Vietnam melengkapkan senarai di tempat kesepuluh dengan purata IQ 102.26 daripada 14,915 responden. Peningkatan ketara sebanyak 2.14 mata menjadikannya antara negara yang menunjukkan perkembangan paling pesat. Kemajuan dalam sektor pendidikan serta penggunaan teknologi pembelajaran moden menjadi pemacu utama peningkatan ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

