Apabila perpisahan berakhir ugutan

Perpisahan bukan alasan untuk bertindak di luar batas kemanusiaan atau melanggar hak serta maruah orang lain. Foto hiasan
Perpisahan bukan alasan untuk bertindak di luar batas kemanusiaan atau melanggar hak serta maruah orang lain. Foto hiasan
A
A
A

KES seorang jururawat yang mendakwa diugut bunuh dan diancam penyebaran video intim oleh bekas teman lelakinya selepas mahu menamatkan hubungan mengingatkan kita bahawa setiap individu berhak menentukan hala tuju kehidupan sendiri.

Lebih membimbangkan, dakwaan bahawa ugutan itu dilakukan berulang kali menunjukkan tindakan berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana mampu memberi tekanan emosi yang mendalam kepada mangsa.

Hubungan yang sihat seharusnya dibina atas dasar saling menghormati dan bukannya menjadikan rasa takut sebagai alasan untuk mengekalkan sesuatu ikatan.

Dalam era digital hari ini, penyebaran gambar atau video peribadi sebagai alat ugutan boleh membawa kesan besar terhadap maruah, kerjaya dan kesejahteraan seseorang.

Justeru, setiap individu perlu lebih berhati-hati dalam melindungi privasi diri dan berfikir dengan matang sebelum berkongsi bahan yang bersifat terlalu peribadi.

Pada masa sama, masyarakat juga perlu mengelakkan sikap menyalahkan mangsa kerana setiap orang berhak membuat keputusan untuk meneruskan atau menamatkan sesuatu hubungan.

Keluarga dan rakan-rakan pula wajar menjadi tempat berlindung dengan memberi sokongan moral serta menggalakkan mangsa mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa apabila berdepan ugutan.

Pihak berkuasa juga diharap dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh agar setiap aduan berkaitan ugutan dan penyalahgunaan bahan intim ditangani mengikut lunas undang-undang.

Kes ini sewajarnya menjadi peringatan bahawa perpisahan bukan alasan untuk bertindak di luar batas kemanusiaan atau melanggar hak serta maruah orang lain.

Artikel Berkaitan:

Semoga nilai hormat, empati dan kematangan dalam menguruskan konflik terus dipupuk supaya setiap hubungan yang berakhir dapat diselesaikan dengan baik tanpa meninggalkan trauma kepada mana-mana pihak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!