Ahmad Maslan ‘bersilat’ di kafe Karangkraf, jamu NGAM petai selambak

Ahmad Maslan sempat masuk dapur kafe Karangkraf, tunjuk skil memasak NGAM petai selambak. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
Ahmad Maslan sempat masuk dapur kafe Karangkraf, tunjuk skil memasak NGAM petai selambak. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan kemahiran memasak menu kegemarannya, Nasi Goreng Ahmad Maslan atau NGAM untuk dijamu kepada pengunjung dan warga kerja Sinar Harian pada Khamis.

Beliau yang pada mulanya mengunjungi Kompleks Karangkraf bagi memenuhi undangan rakaman program Interviu atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sempat menyantuni orang ramai dengan hidangan NGAM petai selambak meskipun terkejar-kejar ke lokasi seterusnya.

“Saya ada masa yang terhad, 15 minit sahaja.

“Antara falsafah memasak yang saya selalu sebut di mana-mana, jika sedap kongsi pada orang lain. Jika tak sedap, makan sendiri,” katanya seloroh.

Ahmad Maslan umum dikenali sebagai ahli politik yang gemar berceloteh bersama rakyat dan tidak lokek menjamu orang ramai dengan hidangan ikoniknya iaitu nasi goreng.

Ahli Parlimen Pontian itu juga sempat meluangkan masa menjamah nasi goreng bersama warga kerja Karangkraf dan Sinar Harian ketika makan tengah hari.

Beliau sempat mengarang pantun empat kerat buat Sinar Harian sempena 20 tahun penubuhan jenama akhbar Bahasa Melayu itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!