PRN Melaka: Baru Ogos, jangan bergaduh awal, runding dulu - Ahmad Maslan
"Janganlah kita membuat kenyataan tanpa perundingan. Sabar dulu, sabar. Bila pilihan raya? Mungkin Oktober atau November, sekarang baru Ogos. Jangan bergaduh awal-awal lagi. Yang mana boleh dirunding, kita runding."
Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika diminta mengulas reaksi beberapa pemimpin susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Melaka akan dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Muzik: Bensound dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #AhmadMaslan
