MOF nafi beri SARA RM100 sempena Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu menafikan dakwaan tular bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri sempena Hari Kebangsaan.
MOF dalam hantaran di media sosial memaklumkan poster yang mendakwa perkara itu adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster berkenaan.
"Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.
"Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat," menurut hantaran itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
