Lelaki Indonesia didenda RM7,000 masuk hutan simpan tanpa kebenaran

Sajin (tengah) didenda RM7,000 masuk kawasan hutan simpan tanpa kebenaran(sumber: Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Sajin (tengah) didenda RM7,000 masuk kawasan hutan simpan tanpa kebenaran(sumber: Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Padah memasuki kawasan hutan simpan tertutup di Jelebu tanpa kebenaran, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Sajin Abas, 44, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 30 hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memasuki kawasan hutan simpan tertutup iaitu Hutan Simpan Triang, Jelebu pada 29 Julai lalu tanpa permit atau kebenaran yang sah.

Sabit kesalahan, boleh didakwa di bawah Subseksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahira Ellyna Badrul Hisham, manakala siasatan kes dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Hasliandi Hashim.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!