Berang mangsa putus komunikasi, guru maut ditikam 20 kali

Rakaman CCTV kejadian mengerikan itu yang tular di media sosial. Foto: Agensi
Rakaman CCTV kejadian mengerikan itu yang tular di media sosial. Foto: Agensi
A
A
A

FARIDABAD - Seorang guru wanita maut ditikam di sebuah sekolah di India ketika kejadian menggemparkan pada Isnin.

Siasatan awal pihak berkuasa mendapati suspek dipercayai mengekori mangsa sebelum menyerangnya.

"Mangsa ditikam di bahagian dada dan leher sebanyak 20 kali," ujar jurucakapnya.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan pelaku yang menutup mukanya menggunakan selendang menunggu mangsa di pintu utama sekolah yang terletak di perkampungan Sikrona, Faridabad, negeri Haryana.

Ketika guru berkenaan tiba, suspek mengeluarkan pisau yang disembunyikan di dalam seluarnya sebelum menikam mangsa berulang kali.

Seorang kakitangan sekolah cuba campur tangan, namun pelaku mengugutnya dengan pisau sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

Suspek dikenali sebagai Amit, 21, bagaimanapun berjaya diberkas kira-kira dua jam selepas pembunuhan kejam itu.

Pentadbir sekolah, Tejpal, yang menyaksikan kejadian itu berkata, mangsa telah mengajar di sekolah berkenaan selama setahun.

Laporan siasatan awal mendapati suspek menyerang guru berkenaan hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan dan komunikasi dengannya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!