Kebakaran hutan bongkar 400 peluru tinggalan Perang Dunia Kedua

Sebahagian peluru mortar dan peluru antikereta kebal dipercayai milik tentera Jerman dan Perancis.
Sebahagian peluru mortar dan peluru antikereta kebal dipercayai milik tentera Jerman dan Perancis.
A
A
A

PARIS - Kebakaran hutan di selatan Perancis mendedahkan simpanan kira-kira 400 peluru dan bahan letupan bersejarah di kampung Le Porge.

Letupan yang pada awalnya disangka berpunca daripada tong gas sebenarnya melibatkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua.

"Lebih 100 letupan didengari pada malam kedua kebakaran itu. Ia seperti 'bunyi di medan perang'.

"Rupa-rupanya terdapat depoh peluru yang ditanam di kawasan perbandaran kami tanpa diketahui orang ramai," menurut Datuk Bandar Le Porge, Martial Zaninetti.

Menurut laporan media tempatan, senjata bersejarah termasuk peluru mortar dan peluru antikereta kebal itu dipercayai milik tentera Jerman dan Perancis.

Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas kebakaran hutan dahsyat melanda kawasan Gironde yang kini berjaya dikawal selepas marak selama kira-kira 10 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!