Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad Zahid

Mohd Radzi maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, pada Isnin.
Mohd Radzi maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi yang maut bersama-sama isteri, anak dan adik iparnya dalam kejadian pokok tumbang di Bentong, pada Isnin.

Beliau berkata, pemergian Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Eddy satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Pahang.

"Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokok

Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut

Asyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO Maran

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memohon orang ramai untuk mendoakan agar Allahyarham Mohd Radzi sekeluarga diampunkan segala dosa, dilimpahkan rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Mohd Radzi, 40, dan tiga ahli keluarganya, iaitu isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun, serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihempap pokok tumbang.

Artikel Berkaitan:

Kejadian yang berlaku di Jalan Lama Kuala Lumpur menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong turut menyebabkan seorang kanak-kanak cedera, iaitu kembar kepada kanak-kanak yang maut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!