MetMalaysia keluar amaran ribut petir di lapan negeri, Labuan

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Sik dan Baling), Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Bachok dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).

Amaran sama dikeluarkan bagi Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Rompin) serta Johor (Kluang dan Mersing).

Sementara itu, di Sarawak kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu serta Kapit (Song dan Kapit).

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!